Monday, October 5, 2009

Rempeyek & Sagon Potong Untuk Dijual Sempena Hari raya

Project masa Bulan Ramadhan tahun ni.... alhamdullillah sambutan menggalakkan.... sebahagian tempahan yang telah disiapkan...



Monday, June 1, 2009

Keropok Lekor T'ganu Made in Muar

Kepada peminat keropok lekor terengganu kat muar pun dah ada dah. Member aku berenti kerja buat business gentel keropok lekor... Boleh tahan rasa dia cam t'ganu punya. Alkisahnya dia belajar dengan Mak Cik Nah kat Terengganu then dah pandai dia wat la business ni... Kalau simpan dlm freezer boleh tahan lama gak. Sapa yang nak beli bole cal dia: Firdaus (no. nanti aku isi-lupa tipon tertinggal) kat Muar

Cara Memposes Kacang Gajus















Ha sapa nak tau cara proses kacang gajus/ketereh siapa ada banyak buah ni bole la proses sendiri nanti.

Kaedah ni aku dapat masa aku pi Phuket bulan lepas..adik aku dapat hadiah perlancongan so aku tumpang 2 kaki ler... Cantik pulau tu.. Cara-caranya ialah:
1. Kumpulkan buah gajus pisahkan bujinya dari buah gajus.
2. Jemur sehari
3. Rebus untuk hilangkan getahnya
4. Buang kulitnya yg keras dengan pisau atau alat spt dalam gambar
5. Setelah siap semuanya kacang yang telah dibuang kulit bolehla dibakar atau digoreng tanpa minyak...
6.Boleh dibungkus atau dipasarkan...
7. kalau nak tambah perasa pun boleh/ disira dengan apa2 perasa yg disukai tp original lagi sedanp...
sesiapa ada banyak pokok ni kat rumah dia nanti boleh la kutip dan buat...

Apartment...Ayam...

Ini apartment ayam aku...hehehe sapa nak sewa?...banyak kosong ni.... Baru letak jer dah ada penyewa dah....productive sungguh..hehehe... Reban and tempat bertelur ayam kampung aku. Kalau musim perayaan jer aku x cukup supply. Banyak demand la.. tp aku jual raw..ayam idup sapa nak beli boleh.. Ayam aku ni diternak secara alami x dak injection... tapi makan aku bagi ler..kang marah plak org kampung aku dek kerna ayam2 aku ni dok mintak makan kat depa.. Aku ingat nak kembangkan project ni..tengah kumpul dana ler ni... Mak aku bela aku tolong sediakan prasarana jer... Reban ni aku wat sendiri almaklumla..dok suruh adik aku wat setahun baru siap so..pendai2 ler aku wat. tempat bertelur ni pun aku sediakan bahan baru ler dia nak buat.. Tapi kalau sesiapa nak belajor cara aku wat reban ni...leh gak aku ajar...

Monday, May 25, 2009

Keropok Ubi...

Ini tempahan untuk majlis kahwin adik kawan aku.. Ada.. kejap nak pack sendiri kejap nak suruh pack kecik2 yang mano ni cik kak kang x sompek ekau nak membungkus nyo... Finally kami ler yang bungkus..alhamdullillah sempat.. So terima kasih atas kepercayaan yang diberikan... nak order lagi dialu-alukan.

Friday, May 1, 2009

Bunga Kantan...Harvesting

Hah..ini hasil yang aku tuai setiap 2 minggu sekali...ok la jugak dapat petik 1oo batang sekali tuai..kadang2 lebih..lg. Apalagi jual kat Apek la....
Nak makan mana leh abis...Aku ada 5 rumpun jer...kalau ada banyak bole la tuai every week....

Keropok Ubi Kayu




















Proses pembuatan keropok ubi kayu secara traditional. Setelah dihiris hendaklah dikeringkan dibawah terik mentari. Dan setelah kering boleh digoreng seperti keropok. Rasanya lebih terasa kerana serat ubi kayunya yang padat dan ranggup. Boleh juga di warna dengan pewarna makanan untuk kelihatan menarik. Sedap dijadikan kudapan ketika minum petang atau ketika menonton TV. Juga sebagai hidangan untuk tetamu atau kenduri kendara.